Followers

Tuesday, March 13, 2012

Demi Masa

Assalamualaikum,

Sebenarnya tak tahu apa yang nak ditulis. Dalam kepala ni macam macam sedang difikirkan. tentang hidup dan masa depan. Tentang kehidupan dan selepas itu. hmm. Ayat mgarut? bukan .. ini ayat realiti yang kita takut untuk bincangkan dan fikirkan. Sesuatu yang tidak tentu dan sesuatu yang hanya Dia yang tahu. 

2 hari ni, husband bercuti untuk buat medical check up di hospital Queen Elizabeth II di Damai. 2 days trip ke sana bersama suami dan anak anak meninggalkan kesan pada diri saya. Bagai mana kalau ini terjadi? Bagaimana kalau itu terjadi ? Risau, susah hati memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku pada hamba Allah. Terutama kalau ia terjadi kepada orang orang yang kita sayangi, kerana kita meletakkan kebergantungan kita kepada nya. Walhal, kebergantungan itu sesuatu yang sepatutnya milik Nya. Saya secara peribadi belum bersedia mengharungi masa yang sebaliknya. Sekarang saya sihat, esok ? Sekarang saya lapang - esok ? atau minit selepas ini ? Itulah, Allah mengingatkan kita menjaga dan menghargai masa. 

Masa yang diberi adalah untuk beribadat kepadaNya, Masa yang diberi adalah untuk menghargai dan bersyukur atas nikmatnya. Nikmat kesihatan. Nikmat kasih sayang. Tak perlu saya fikirkan untuk anda. Sememangnya kalau di hitung nikmat yang diberi kepada kita, tidak habis di tulis.

Insaf sebentar atas kealpaan saya selama ini...

Semoga masa yang diberi "cukup" untuk kita cukupkan bekalan di sana. Hargai yang tersayang. Hargai yang tersayang. Hargai yang tersayang. 

Wallahualam.



Selawat shifa - Baik di amalkan selepas solat. :)



Sunday, March 11, 2012

2 budak pink : Recently



Assalamualaikum,

Dah lama tak cerita tentang 2 budak pink kan. Waktu semakin cepat, aktiviti 2 budak pink pun semakin padat Terutama Nana. Start 2012, Nana dah start tadika di Tabika Kemas. At the same time, start juga kelas tambahan di Smart Reader dan mengaji di rumah kak ezzah.

Memang waktu untuk Nana dah fix. Tabika dari jam 7.30-11.30 pagi. Balik dari situ, dia mandi dan makan, kasi rehat dalam sejam, saya akan 'tutup tv'. Arahan tidur. Saya akan bangunkan Nana dan Alia selepas saya selesai solat asar. Mandikan derang, saya terus hantar Nana mengaji, Mengaji tak lama. Dalam 20 min atau less. Samada dia bermain di playground atau bawa jalan2 dengan motor (dengan papa), atau just sit at home. Main dalam rumah.

Malam adalah masa untuk Nana buat homework atau belajar di rumah. Sekejap saja lah. Check2 beg. Tengok buku dia, bantu apa yang patut. Alhamdulillah, dia sudah get used. Weekend, dia akan ke SR untuk main painting sambil belajar membaca. Petang atau sunday, bawa dia practise golf. Itu pun atas request empunya diri. Dia minat, sebagai parents, kami galakan la saja.

She got one more request, yang belum dapat dipenuhi. Sebab kesian dengan jadual weekend yang packed. Dia nak minta hantar ke kelas guitar. Hmm.. nak jadi yuna atau najwa? hehehee..

And insyallah starting April ni, saya dan Nana akan join kelas taekwondo pula. Packed tapi happy. Itu yang penting.

Alia is going to be 3 this April. Dia dah semakin pintar dan panjang akal. Mudah untuk di urus. Manja dengan kakaknya. Gaduh pun dengan kakak nya. Dia peneman mama. Kemana mana dia mesti nak dengan mama. Tapi dia tak cerewet. Ada masa mama tak boleh nak bawa dia p meeting, dia tak kisah kalau saya hantar ke rumah jiran. As long as keperluan dia dipenuhi. Susu, dibo (bantal busuk), mainan chipsmunks (mcd;s) and makanan. Makanan tak boleh kurang.

Tgk la gambar di atas. Kakaknya leka practise gold, dia dok makan kat tepi. Hehehe...

Telatah mereka ni, buat mama tersenyum dan terduduk kerana kepenatan....


Wednesday, March 7, 2012

Another day.. another task

Another day. Sebenarnya belum bersedia utk another task.. Kerana kekangan masa. . Terpaksa juga uruskan masalah satu ni. Hmmm. Alhamdulillah... Cuma sktg tunggu feed back. ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

testing

Asaalam...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 6, 2012

Medals and Bowling

Medals...
TAR 1 and yang baju hijau tu .. Ehemm. yours truly Ketua kumpulan Bob OMB
Thank you all. Peacee...
Hamper sikit jer, budget tak besarnya kawan-kawan. Yang penting adalah semangat
dan happy bertemu dan berkumpul dengan rakan rakan.
Assalamualaikumm

Saya mulakan entry kali ini dengan Alhamdulillah. Bersyukur ke atas keizinan dan rahmatNya kepada saya. Berakhir 1 dari 6 aktiviti yang "wajib" untuk saya tempuh pada tahun ini. Pertandingan Bowling Antara Unit, Bakat Laut PTKK. All i can say is - i am so honored and happy to be part of the team. Walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan dan kekangan. Dengan izinNya, ia berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Alhamdulillah.

Asrin, Onie, Kak Ani, Ceqyan, Hanim, Yana, Kak Syam, Faridah and Maria. (ada miss tak sesiapa?). Thank you so much for the team effort. Memang cun sekali berkerja dengan kalian semua. Team Sukan tidak akan mantops tanpa korang. Alhamdulillah. Our first task accomplished. Ada lagi 5 ye. Stay with me.

Ketika saya berurusan untuk menyempurnakan aktiviti bowling ni, banyak perkara saya belajar terutama tentang berhadapan dengan macam macam ragam manusia. Macam-macam. Memang macam-macam. Ada yang begini, ada yang begitu. Saya menghormati semua dan saya terima lah semua seadanya. Yang memberikan kerjasama dengan baik, terima kasih daun keladi, budi baik anda tak mungkin kami lupai. Kepada yang memberi dugaan seribu satu "malam", terima kasih kerana mengajar kami erti bersabar ketika berurusan. Nasib anda baik kerana limit kami masih kental. Kami masih mampu bersabar dan tersenyum melayan kerenah anda. :)

Saya menerima hakikat, kita tak sama dan perasaan kita berbeza. Rambut walaupun warna hitam, tapi hitam pun ada macam macam jenis, blue black, chocolate black, BLACK and BOLD. kan kan kan ? inikan pula hati dan perasaan. Apa yang penting, kita menghormati antara satu dengan yang lain. Perselisihan pendapat dan cara pasti akan timbul ketika kita bersosial, apa yang penting, kita anggap itu satu cara berkomunikasi.

Bila kita belajar untuk menerima, hati kita menjadi lebih tenang. Betul ? .. yea betul. Ia benar dan berkesan untuk saya.

...
I do some google and blogwalk. Persepsi orang tentang "Bakat". Almost, most of what i read, is negative. Ia benar. Ia tidak tepat. dan ia Pelik.

I do got hurt by some people i met in Bakat. Tapi dalam masa yang sama, saya juga merasakan kepuasan dan kehidupan melalui penglibatan saya dalam Bakat. I am a housewife. My life is all about house chaos, dan bakat adalah tempat untuk saya bernafas sedikit. Senyum, ketawa, melepaskan geram atau rindu, berkongsi rasa dan pengalaman.
.

Saya melalut.

Okey.

Oh yer, sebelum saya terlupa, Congratulation to kumpulan Bob-OMB  a.k.a PLKS Wifey yang memenangi Pertandingan Bowling Antara Unit. Giler kentang ye. Tak sangka mereka boleh menang. Hi... Walaupun begitu, menang atau kalah adat dalam pertandingan. Objektif peribadi saya untuk aktiviti kali ini adalah untuk isteri isteri dalam satu unit mengenali dan beramah mesra. Bukan senang nak jumpa. Seronok sekali sekala berjumpa dan gather macam ni.

Semua group yang ada memang happening. And thank you all for ur support and co operation.

Heartz u all! :))

p/s: lama tak update blog, sebab bila depan screen je mata mengantuk. otak beku dan idea terpendam. idea bergerak ketika saya sedang sidai kain atau masak di dapur. tapi masa tu tak boleh pegang keyboard. haishh.... :)


Friday, February 3, 2012

Semangat Perjuangan Harmoni

Assalamualaikum

Satu perkara tentang blog peribadi saya ;

Ia ditulis bukan untuk menyakitkan, mengenakan, atau "mengangkat" sesiapa. It's just plain me and I love to share my thoughts with my fellow reader (if any). Bukan ada follower bagai n ramai nak rak pun, mungkin, follower yang saya "tayang" di atas just a few saja yang selalu menjenguk ke blog usang saya ni. Jadi kalau saya type apa apa di sini, jangan la cepat melatah. Hee... Anda tak akan famous sekadar membaca dan terasa terkena dengan apa yang dikatakan. Hik.

Starting 2012, i was thinking of having another baby; sambung contract berjaga malam and lengkapkan pasukan ppg (power puff girl) saya atau dapatkan seorang superman atau batman :). Tapi (i cannot say 'malangnya'), i have to fikirkan semula about having another baby cos tahun ni saya di"pertanggung-jawab" kan untuk memikul satu tugas untuk menyatukan orang orang kampung ini untuk bersukan! Hee hee. (Hammmbikkk ko! tak pernah masuk any sukan pun masa sekolah dulu hahaha.. gelakan diri sendiri) !

So, of cos kena ada rakan rakan untuk dijadikan team untuk buat kerja. "siapa nak kerja lebih?" I tell you no one! and saya memang tak suka nak paksa orang. I dont feel like to work with tenaga kerja yang dikerah! saya suka berkerja dengan suka-rela-no.1! Well, i manage to gather seBANYAK 5 orang termasuk saya. Out of 500 ppl. Hahaha. Nampak sangat tidak berpengaruh saya ni kan? :P

I was so frustated. (budget i am not this worst). Ramai kawan, tapi banyak kekangan. Ramai rakan, tapi masing masing ada tanggungan. Huhuhu. Lemah rasa badan, hilang rasa semangat. Blur sebentar.

So, dengan tenaga yang tinggal sedikit akibat bersedih, saya gagahi juga untuk perjumpaan kali pertama AJK sukan saya yang sungguh comel kuantitinya :) To my suprise. Mereka yang menjadi AJKK saya ini sangat la semangat and memberi aura yang buat saya sendiri rasa teruja. Alhamdulillah. Walaupun kumpulan ini kecil, ia memberikan saya satu keyakinan "this will working just fine!" insyallah...

i can choose to be in the safer side, just drop the jawatan dan jadi timbalan untuk mana mana AJK lain. I do not know why and what happen to me, i just know sumhow i must work this thing out. I feel byk mata dan hati yang memandang menilai dan mengata. Dan yang penting bukan pada mereka yang saya nak buktikan yang kami boleh, tapi kepada diri kami sendiri.

i just want them to know that lagu "SEMANGAT PERJUANGAN HARMONI" by xpdc adalah lagu soundtrack hidup i tahun ni! hahahahha.. Boleh ? :)

Semoga kita masing masing mencari haluan sendiri tanpa menyakitkan hati orang lain. Jangan terperangkap dengan ego sendiri. Jujurlah pada diri sendiri.

Sememangnya aku rindukan
Kedamaian ini kekal
Menempuh hari-hari lalu
Dengan satu belaian
Kasih sayang dijunjung di kepala
Mengatasi segala yang dijuang

Sebenarnya hidup disini
Arahnya berlainan
Menunggu giliran tiba
Entah bilakah masanya
Selagi nafas terlekat di rongga
Selagi langkah terus diperjalanan

Manusia punya hakikat
Punya akal dan fikiran
Melebihi kejadian ciptaan Yang Maha Esa
Kejujuran pada diri sendiri
Untuk apa dipersembahkan kepada

Mereka yang tak punya perasaan
Kita ada nilai tersendiri
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada

Semangat disimpan selagi ada
Kesempatan hidup bersama
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-ronta

Mereka yang tak punya perasaan
Kita ada nilai tersendiri
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada
Biarkan mereka yang tersasul
Berkata ego menepuk dada

Semangat disimpan selagi ada
Kesempatan hidup bersama
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-meronta
Apalah ada pada keindahan
Jika jiwa kita meronta-meronta

Friday, January 27, 2012

Brunei - The Story

Assalamualaikum,

Rasanya baru lah ada kesempatan untuk duduk dan mengadap PC. Balik saja Mummy ke Labuan hari tu, saya macam biasa busy cleaning the house, berselingan dengan anak anak dan tugasan harian. SO, tak sempat nak update blog. Kepada yang menunggu, terima kasih kerana bersabar. Kepada yang tak menunggu, terima kasih kerana tak tunggu. Eh? hehehe.

Actually planing untuk ke Brunei ni, dah bertahun dah. Cuma rezeki tidak menyebelahi. Ada saja masalah yang tak dapat settle dan rancangan tergendala dan KIV je. Sampailah long weekend lalu (cuti tahun baru cina). Settlekan passport saya dan suami, terus buat clearance. Alhamdulillah, diberi kebenaran dan kami bertolak ke Brunei on saturday morning. Planing early morning, tapi faham faham la saya ni beranak kecik. Takde maknenya nak bertolak jam 6 pagi (kecuali dah beli tiket kapal terbang) hehee.
Bertolak lebih kurang jam 9 pagi, lewat sebab breakfast dulu.

Sepangar-KK-Beaufort-Sindumin-Merapok(sarawak)-Lawas-Temburung- Limbang-Kuala Lurah (ni kira dah masuk Bandar Seri Begawan).

Sebenarnya perjalanan yang panjang hanya dari Sepangar nak ke Sindumin tu. Then, dari situ, banyak check point yang dekat-dekat. Lambat sampai sebab kesesakan di check point untuk cop passport. Itu pun kalau musim cuti sekolah. Kalau tak, memang perjalanan smooth je.

Kami sampai di Kuala Lurah, lebih kurang jam 3 petang. Hubby tak bawa laju. So, dari sana, my uncle dah siap tunggu di stesen minyak Shell. Kalau kami nak masuk Brunei sendiri, agaknya sesat jugak lah. The last time saya ke Brunei is 8 yrs ago. Tu pun pakai ferry express and memang tak tahu jalan kat Brunei. So, sekarang ni Brunei sudah maju, sudah ada highway and byk jalan baru, memang tak boleh diharap lah untuk saya menunjukkan direction kepada org yang kali pertama ke Brunei - Hubby. Heeee...

So, sepanjang di Brunei, saya stay di rumah Uncle saya di Lambak Kanan. Days terisi dengan jalan-jalan and melawat masjid masjid yang cantik cantik, melawat saudara mara. Terutama nenek laki *panggilan untuk datuk*. Dah lama tak melawat dia. Sepupu2 yang dulu nya muda remaja, hehe, sekarang sudah beranak 3-4 wah! Hehe. Kami sudah tua! ngeee...

Apa yang ada di Brunei ?

Depends. "Kita lihat apa yang ingin kita lihat, kita dengar apa yang ingin kita dengar". Masing masing ada teori tentang "best", "terbaik". So, basically apa yang kita suka tak sama. If u ask about nite life, memang tak ada dan jangan cari. Di sini tidak ada kalabul malam. Di sini, ada theme park (berbayar) BD5 untuk 3 jenis permainan. Di sini ada makanan yang enak-enak *again this is based on selera masing-masing* ambuyat, nasi katok. Ada pasar malam yang jual macam macam jenis makanan. And of this is "memang" terbaik bagi saya yang sudah merindukan segala galanya.

Di sini ada juga mall, tapi tak lah banyak macam di KL. dan mata wangnya yang agak mahal, kekadang membuatkan otak kita jadi calculator nak menconggak samada berbaloi atau tidak membeli satu satu barang. Pada yang suka beli kain pasang untuk dibuat baju kurung, di sini kain sangat murah dan yang penting berkualiti. :) I loikeee..

dan ..

Di sini ada mereka!
Mereka yang menjadi teman sepermainan saya, Mereka yang menjadi tempat berkongsi rasa dan cerita, Mereka yang saya sangat rindu. Saudara mara, sepupu sepapat. Mungkin saya ni berkenan ke mak saya. Baik keluarga sebelah arwah ayah di semenanjung atau sebelah mak saya, saya sapu semua sekali. Saya hargai semua sekali. Kalau ada kesempatan, saya akan cuba jumpa dan bertanya khabar dengan mereka. Sebab tanpa mereka, tiada lah parents saya. Tiada parents saya, tiadalah saya kan?

:)

So, that's it cerita tentang Brunei. Bila lagi ye untuk ke sana ? Wallahualam.

Alhamdulillah...

p/s: saya dah deactivate account FB yea. hehe, bukan pasal sesiapa. Arahan dari hubby :P hehehe..
p/s2: saya on twitter je sekarang @zzeffa711 :)

Love, Effa

Thursday, January 26, 2012

bruneiii



Assalam. kembali bersiaran. setelah berkurun lama. 
i m in happy mood.baru balik dari melawat keluarga d brunei. 
sambil sambil bercuti makan angin and jalan jalan cari makan.

alhamdulillah, Allah panjangkan umur dan menjodohkan kami untuk bertemu jua, setelah hampir 8 tahun. mmg bersyukur sangat. nanti ada time, saya sambung cerita percutian d brunei. goodnite.... :)

Tuesday, January 3, 2012

Mamak @ KK




Esok nak hantar Nana ke sekolah. Her first day at school. Tapi mak nya masih ada hati nak update blog. Just a brief one.

Kalau di KK memang susah nak cari kedai mamak yang betul betul ada perasa mamak. Sekarang tak perlu mencari lagi .. sukeee banget dengan Mee goreng mamak kedai ni... dekat area sadong.. pegi lah test try ;)

Monday, January 2, 2012

Day 1 2012

 Jelingan tepi

Jelingan bawah

Sudah berlalu 2011. Sekarang sudah 2nd January. Pantas sungguh masa berlalu. Macam sekelip mata saja. Anak anak pun sudah membesar bagai johan. Hehe. Tapi saya pula semakin tua sebab asyik nak kena bising kat anak anak. (saya memang kuat membebel). Sian kat anak anak saya.

Azam tahun baru ? I don't have one. I don't intend to have any. Sebab secara puratanya saya akan lupa tentang azam itu selepas 3 minggu. Dan pada new year akan datang, saya sudah langsung tidak ingat apa azam saya pada tahun sebelumnya. Jadi, sekarang, tak ada lebih bagus. Sama je kan. Hehe.

Just do it!

Selamat tahun baru semua. Semoga esok lebih baik dari hari ini. Live everyday of your life. :)

Setiap hari itu bermakna. 

Serius! Saya tak tipu! :)